CATATAN ZIARAH SAUDARA MARA

07/12/2011(Rabu) - Balik Dari Langkawi

11/12/2011(Ahad) - Balik ke kampung - lebih kurang jam 9.00 mlm  sampai di kampung.

12/12/2011 (Isnin)- pukul 5.00 pg dah bersiap-siap pergi kedusun pungut buah durian :D sempat posing dengan buah durian lagi...banyak dapat buah durian untuk dibawa ke rumah saudara mara... alhamdulillah
                 








Pukul 10.00 pg, bertolak kerumah Wan Chik(mak saudara atok) di Kuala Pilah, terlalu uzur, semoga Allah merahmati beliau.




                                  Yang sebelah ibu tu, adik atok yang bongsu..



12.00 t/hari - Pergi kerumah kak Tam (Anak Saudara atok) ziarah anaknya(along) yg selamat melahirkan cahayamata yang pertama.

1.00 ptg  -  Ke rumah Mak Lang Noriah, org yang banyak membantu atok dan wan masa atok dan wan mula-mula dapat penempatan di Felda dan ketika tu wan dan atok susah sangat-sangat. Atok sempat berpesan agar jangan lupa pada orang yang telah banyak menabur bakti dengan ikhlas kepada kita...
masa berpindah ke Felda Pasir Besar, ibu berumur 8 bulan.



3.00 ptg - Teruskan perjalanan ke Jelebu iaitu ke rumah Mak Ngah Shamsiah (adik Wan) yang baru balik dari menunaikan Haji. Sayu je tengok muka Mak Ngah bercerita bagaimana beliau mengadap jenazah Pak Ngah yang meninggal di tanah suci Mekah. Innalillahhiwainnailahirojiun...tapi ibu takdelah terkilan sangat sebab sebelum beliau ke tanah suci, ibu dapat hadir kenduri doa selamatnya.





Ayam-ayam yang ada kat sini pun comel-comel belaka,
suka pulak ibu tengok.
 
13/12/2011(Selasa) - Lepas solat subuh pergi ke dusun lagi...

5.00 ptg - ziarah 'rumah' atok, ibu sempat buat bunga rampai lagi...

5.50 ptg - terus pergi ke rumah mama kat Palong 2, dapat jumpa sekejap pun jadilah hehe


14/12/2011 -  Ke Pekan Gemas, Wan nak bank in cek..ayah dan ibu nak update akaun tabung haji, insyaAllah kalau ada rezeki ibu dan ayah akan menunaikan fardu haji. tapi tak tau bila lagi...

3.00 ptg - Bertolak ke Temerloh, rumah Pak Cu Nan (adik atok sama ayah) mmg dah lama tak jumpa...

5.00 ptg - Teruskan perjalanan ke Bentong ke rumah Pak Cu Sahak (adik atok sama emak) mmg tak pernah jumpa sebelum nih...



                                           Dah uzur sangat Pak Cu...









10.00 mlm - Bertolak balik ke Kuala Lumpur...
Letih...tapi penuh makna dapat menziarahi saudara mara sebelah atok dan wan.





Dapat cenderahati dari Mak Cu...seni kraftangan yang sangat cantik...

CUTI CUTI MALAYSIA, LANGKAWI 2011 :))

3 minggu sebelum ke Langkawi, Kak Long Iza membantu ibu untuk menempah tiket ke Langkawi, selepas itu bermula kesibukkan untuk membuat persiapan untuk pergi dan semasa berada di sana persiapan dari segi pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan bermacam-macam lagi untuk keselesaan pergi dan setelah sampai ke sana.

 Entah berapa hari ibu asyik duk depan PC, bukak laman WEB sana laman WEB sini untuk cari tempat yang paling sesuai untuk tinggal sementara di sana, yang paling penting ada privacy, jauh dari kesibukan dan suasana mesti indah, nyaman, tenang....dan akhirnya...wahhh:))



D'Padi Homestay, berlatar belakangkan Gunung Raya, iaitu gunung yang tetinggi di Langkwi, memang sesuai sekali untuk bawa nenek, maklumlah nenek bukannya berapa sihat sangat...Pak Usu pun setuju dengan penginapan ini.

Ibu ingat nak duk lama sikit kat Langkawi tapi disebabkan Pak Usu dapat cuti cuma 3 hari, maka terpaksalah kita balik awal, angah pun cuti college dia cuma seminggu je...jadi ibu berbincang dengan ayah untuk tarikh yang sesuai iaitu 03 - 07 Disember 2011, bolehlah...tapi memang tak puas, sebab masih ada tempat yang kita tak sempat lawati... next time kita pergi lagi ea...kita cuba suasana yang lain pulak :)) dan harap-harap Along pada masa percutian akan datang dapat ikut kita sekali.

Ibu anggap percutian kita dengan nenek, Fikri dan keluarga Pak Usu percutian yang amat menggembirakan disamping anak-anak ibu dapat menambah pengalaman dan mencuba sesuatu yang baru...

InsyaAllah, cuti penggal pertama tahun depan, ayah dan ibu merancang untuk kita semua menziarahi keluarga sebelah nenek dan arwah atok di Bukit Tinggi dan Padang, Indonesia. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat kita sama-sama menjejak kasih dibumi bertuah itu untuk bertemu saudara mara nenek dan atok agar kita semua tidak melupai susur galur dan salasilah keturunan sebelah ayah yang berasal dari Sumatera Barat, disamping itu kita lawatlah tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di sana. InsyaAllah ini cuma perancangan. Ibu akan susun sebaiknya agar cuti sekolah nanti akan terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan bermunafaat dalam hidup kita, diharap Along tidak tercicir lagi...dapat luangkan sedikit masa dengan keluarga, tapi kalau dah busy sangat tu nak buat mcm mana ye tak... :)

Oklah, cukup sampai di sini dulu catatat ibu, insyaAllah kalau ada masa yang terluang, minggu depan ibu akan postkan catatan ibu pasal balik kampung baru2 ni, banyak peristiwa-peristiwa yang menarik untuk ibu sampaikan nanti dan sama-samalah kita hayati nanti... ok, babai anak-anak ibu semua...assalamualaikum :))

MIMPI IBU

Tarikh 11 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah, genap sebulan atok pergi meninggalkan kita semua, selama sebulan itu juga tiap-tiap hari ibu akan menangis pabila teringatkan atok..rindu sangat ibu kat atok...dan pada tarikh 15 Zulhijjah itu juga kebetulan hari tu hari Jumaat, ibu bermimpi bertemu dengan atok disebuah dusun buah-buahan, suasana waktu itu sungguh hening, ada kabus-kabus dan ibu percaya suasana itu seperti pagi...ibu dan atok sungguh seronok memetik buah-buahan disitu, atok menolong ibu menarik dahan untuk ibu senang memetik buah, adakala ibu pulak manarik dahan untuk atok memetik...Pak ngah pulak sibuk membersih ranting-ranting dan memotong dahan-dahan yang mati di dusun itu,



Sedang leka ibu memetik, tiba-tiba ibu tercari-cari atok, hairan.. kemana pulak atok pergi...tiba-tiba ibu terdengar suara Wan memanggil-manggil ibu mengajak ibu pergi, tapi tak tahu hendak pergi kemana bersama-sama dengan atok sekali,  wan memanggil-manggil ibu sambil menoleh-noleh kearah ibu, dan pada saat itu ibu pun terjaga dari tidur, ibu duduk bertafakur sebentar, fikiran ibu terus mengingati mimpi tersebut yang begitu jelas difikiran ibu, dalam linangan air mata ibu sedekahkan Al-Fatihah buat atok dan ibu lihat kearah jam dinding yang menunjukkan lebih kurang pukul 1.00 pagi.

Sehingga kini ibu tak pernah lagi mimpi atok dan semenjak peristiwa mimpi itu rindu ibu terubat sedikit kat atok, namun begitu ibu sentiasa memanjatkan doa agar roh atok ditempatkan dikalangan para-para SOLIHIN, anak-anak ibu marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah atok yang kita rindui dan sayangi selalu.. AL-FATIHAH...




gambar kenangan masa hari raya Aidil Adha... sedihnya pagi raya menahan sebak tanpa atok disisi kita lagi... :'(
          
                                                Doa buat ayah, sesejuk air yang disirami...



                              rasa tak nak balik,,rasa nak duduk dari pagi sampai petang di sini...



Muka Alang mcm nak nanges je....
                                     Yang adik tu...kenapa dicabut pulak payung atok tu...





                     Adik dah takde keje la tuu....   Angah sambil siram air tu jgn lupa selawat...




                                     haaa kan dah susah nak cucukkan payung tu semula....






                       sukeee... entah-entah payung tu sekarang dah kene terbang kat angin....



                   

SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT :'(

Tanggal 13.10.11 jam 6.20 pagi, ibu dikejutkan dengan panggilan yang paling tidak diduga...terkejut, sebak bercampur baur perasaan ibu ketika itu mendengar Pak Ngah memberitahu atok telah kembali kerahmatullah pada jam 6.00 pagi.

Setelah bagitahu ayah dan anak2 ibu yang lain, ibu berkemas-kemas untuk pulang kekampung dengan membawa nenek sekali, sebelum tu singgah untuk bagitahu Alang kat sekolah, kesian Alang tak boleh balik sekali sebab tengah final exam, kalau nak balik jugak kena tunggu jam 9.30 pagi kata Puan Mus, maafkan ibu Alang..ibu tak boleh tunggu lama sebab ibu kene sampai kampung sebelum pukul 12.00 t/hari.

Ibu terus ke Cheras amik Angah, sepanjang perjalanan ayah pasang vid. bacaan ayat2 suci Al-quran dan ibu tak henti2 berdoa dan sedekah ayat2 suci untuk atok, air mata ibu sangat murah waktu itu...kat highway, ayah pandu kereta dalam kelajuan 120/140 km/jam..sampai kampung lebih kurang jam 11.15 pagi, kelihatan di perkarangan rumah atok sudah dipenuhi dengan orang ramai dan anak cucu serta  saudara mara dan jiran-jiran, ayah terus parking kereta kat belakang rumah  dan ibu terus masuk ikut pintu belakang dan terus mencari-cari WAN...ibu peluk WAN...sedihnya tak boleh nak digambarkan saat itu...lepas itu ibu terus dapatkan atok yang terbujur kaku dan sedang dikafankan...ibu duduk disebelah Pak Lang yang sama-sama membantu mengafankan atok...kelihatan riak wajah atok seperti dia sedang tidur lena...air mata ibu macam air hujan turun waktu itu...sukar nak terima hakikat yang ibu telah kehilangan insan yang ibu kasihi... :'( :'( :'(  sebelum jenazah atok dikafan sepenuhnya, ibu kucup kedua-dua pipi dan dahi atok, ibu letak sebentar kepala ibu kat dada atok, ibu usap muka atok buat kali yang terakhirnya... :'( :'( :'( kemudian ibu terus kebilik air untuk berwuduk dan duduk semula kat sisi atok untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk sedekahkan pahalanya kat atok.

Jam 12.00 t/hari  atok disembahyangkan dan tepat jam 12.45 atok dibawa kemasjid untuk disembahyangkan sekali lagi iaitu selepas solat zohor...ibu pun sama-sama turut serta dalam jemaah itu...semasa solat jenazah dimasjid berlangsung hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, seolah-olah turut serta menagisi kepergian atok...yang peliknya sewaktu jenazah turun keluar dari masjid semasa hendak dibawa ketanah perkuburan tiba-tiba ia berhenti cuma tinggal rintik rintik je...tapi alhamdulillah, setelah seminggu tak hujan...sejuk waktu tu..WAN kata hujan rahmat.






Gambar ni adik(mira) sempat rakamkan sewaktu atok selesai di sembahyangkan dan untuk dibawa ketanah perkuburan...



                                                     (Perjalanan terakhir atok)
                                   Syahmi dan Oni sedang mengusung jenazah atok



                                                       Angah Safwan dan Oni




Acu, Pak Lang dan Angah Shafiq bersiap sedia untuk menyambut jenazah atok...





                 Angah Syafiq, Pak Lang dan Acu menyambut jenazah atok




     Jenazah atok sedang diturunkan perlahan-lahan keliang lahad





Hanya doa dan air mata yang mengiringi kepergian atok.. semoga atok damai di sana.. dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.. AMIIN YAROBBAL A'LAMIN.




        
Selesai khatam 30 juzuk ayat-ayat suci Al-Quran dan pahala bacaan ini disedekahkan kepada arwah atok..

Apabila meninggal seseorang anak adam itu, maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara yang ditinggalkannya:-

Pertama - anak-anak yang soleh

kedua     - Sedekah Jariah

Ketiga    - Ilmu yang dimenafaatkan oleh orang yang ditinggalkannya.


InsyaAllah AYAH..ayah akan kaya di sana.. berkat doa anak-anakmu yang sentiasa mendoakanmu.. Semua orang tahu, ayah seorang yang sangat pemurah selalu membuat amal kebajikan dan bersedekah jariah, ayah sentiasa mendidik kami agar mementingkan pendidikan, ilmu untuk kehidupan di dunia ini dan diakhirat  kelak..itulah yang selalu ayah nasihatkan kepada kami setiap kali anak-anak ayah ini pulang kekampung, insyaAllah ayah, segala nasihat ayah akan kami turuti..kami akan menjaga cucu-cucu ayah dan waris keturunan ayah ini dengan sebaik-baiknya dan semampu kami...semoga amalan ayah semasa di dunia ini akan membawa keberkatan buat ayah di alam sana...AMIIN..








     Hari kedua atok pergi meninggalkan kita.. (14.10.2011)

     Bersama kak Rosni sekeluarga menziarahi 'rumah' atok




     Hari ketiga atok pergi... :'(

     Angah Shafiq(cucu atok) membaca doa tahlil arwah kat 'rumah' atok yang baru





                         Cucu-cucu atok...





      Hari keempat atok pergi...sebelum kita semua balik ke negeri masing-masing.
                           



Selamat tinggal ayah...:'( :'( :'( perpisahan kita hanya didunia ini sahaja...suatu masa nanti kita akan  bertemu juga di sana..insyaAllah..dan anakmu akan sentiasa merinduimu dan mendoakanmu walau dimana anakmu berada...


terlalu sukar untuk ibu menyudahkan catatan blog kali ini,
kerana setiap kali mengingatkan peristiwa akan terlerailah
air mata ibu yg cukup pemurah kali ini..alhamdulillah
sudah juga akhirnya catatan ibu pada hari Jumaat jam 2.25 am.
Anak-anak ibu bacalah kisah sedih ini yg banyak mengandungi
kenangan, peringatan dan juga pengajaran. AMIIN







Suka duka Ramadhan dan Syawal 2011/1432H

Alhamdulillah, berakhir sudah Ramadhan dan Syawal 1432H, semoga segala amalan kita dibulan ramadhan yang lalu diterima Allah swt, begitu juga syawal yang baru saja berlalu, alhamdulillah dapat jugak ibu 8 hari berpuasa dalam syawal baru ni :), syukur ada jugak anak-anak ibu yang turut berpuasa sama..alhamdulillah.

Ibu nak cerita pasal syawal tahun ni, ada cerita gembira dan sedih. gembiranya dapat sambut first raya dengan atok dan wan serta keluarga dikampung , maklumlah dah 6 tahun ibu first raya kat KL nih, emm..lagi...raya tahun ni tetamu yang datang luarbiasa nampaknya, buat open house sampai dua kali, walaupun penat sikit tapi happy, sebab ramai yang datang buat kali yang pertamanya.. :)

Ini cerita yang sedih pulak, pada hari isnin 26/09/11 lebih kurang pukul 11.30 pagi, ibu dapat berita sepupu sebelah ayah iaitu Pak Cik Asmadi suami Cik Suraya(kakak Leman) batu 8, telah kembali kerahmatullah, dalam usia 43 tahun, ibu difahamkan dia mengidap penyakit jantung disebabkan  kolestrol yang tinggi  dalam darah.. innalillahiwainnailahirojiun..datang daripada Allah dan kepada Allah kita dikembalikan..

Ibu rasa terkilan jugak tak dapat beraya dengan dia dan keluarga Cik Su tahun ni disebabkan kita semua beraya dikampung. Ayah dan Ibu sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir sebelum jenazahnya di post mortem. Semoga Cik Su dan anak-anaknya tabah dengan ujian yang diterima, walau apa pun yang terjadi kehidupan ini perlu diteruskan demi anak-anak yang baru nak membesar, itulah kata-kata semangat yang sempat ibu berikan sambil memeluk Cik Su sebelum ibu beredar dari unit forensik Hospital Selayang.

Sebelum balik, ayah dan ibu sempat ke wad 6C tengok makcik idah kodok..dia accident dengan lori, kesian ibu tgk dia. Lutut dia pecah, pipi dia koyak, telinga dia hampir putus.. mengilu tapak kaki ibu tengok, kaki dia pulak penuh dengan skru, ishh ishh... ibu doakan semoga Cik Dah cepat sembuh..ibu simpati sangat, sebab bulan November ni anak sulung dia akan melangsungkan perkahwinan.

Dan baru-baru ni jugak adik ipar Cik Idah kodok meninggal dunia akibat barah paru dara dalam usia 51 tahun setelah empat hari pihak hospital menghantarnya balik ke Sg. Pusu. Dua hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ibu sempat menziarahinya dan bagi kata-kata semangat padanya dan pada anak-anak dia jugak, ibu nampak dia tenang dan redha dalam menanti saat2 'kepulangannya' menemui yang maha pencipta. Al Fatihah.

Begitulah kisah kehidupan... suka dan duka datang silih berganti, kita yang masih dikurniakan kesihatan bersyukurlah, gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mencari jalan KEREDHAAN dan RAHMAT Allah swt, janganlah mencari jalan kemungkaran Allah swt, kita tidak tahu berapa lama lagi kita hidup menumpang di dunia yang fana ini, sebab segala yang ada pada diri kita ini hanya pinjaman daripada Allah semata-mata...sedarlah anak-anak ibu.. anak ibu semua dah besar-besarkan? semua dah sempurna akal dan fikiran, dalam kita mencari dunia yang singkat ini, jangan lupa membuat segala suruhannya..terutama SOLAT jangan sekali-kali ditinggalkan, tiada erti hidup kita kat dunia ini jika kita mengabaikannya. Rapatkan diri kita dengan ALLAH swt, IKHLASlah dalam melakukan ibadat terhadapnya dan hendaklah selalu berprasangka baik terhadapnya, insyaAllah hajat kita  akan termakbul, ibu berpesan begini sebab dah terbukti banyak perkara yang Allah telah makbulkan doa-doa ibu. Kalian semua adalah amanah ALLAH untuk ayah dan ibu. Tiada  harta yang ternilai selain anak-anak ibu dan ibu amat-amat menyayangi kalian semua.

Anak2 ibu yang ibu sayangi..tanamkanlah nilai-nilai murni dalam jiwa seperti sifat penyayang terutama pada Allah, nabi, keluarga, kawan-kawan dan segala makhluk Allah di dunia ini, bersifat pemaaf, bertolak ansur, jangan ada sekuman pun sifat hasad,dengki dan sombong dalam diri kita, semuanya ini penting sayang..demi menjaga keharmonian hidup kita sekarang dan pada masa yang akan datang.

Renung-renungkanlah apa yang ibu pesan ini dan selamat beramal dengan seikhlas hati..Wassalam.

Ramadhan Bulan Al-Quran

Para jumhur Ulama' mengetahui hubungan antara bulan Ramadhan dan Al-Quran, sehingga perhatian mereka sangat fokus kepada Al-Quran di bulan ini. Antaranya, Imam Malik tidak memberikan fatwa dan mengajar pada bulan Ramadhan dan beliau berkata bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Imam Syafi'ie setiap bulannya menghatamkan Al-Quran sebanyak 30 kali dan sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan. Imam Ahmad menutup kitab-kitabnya dan mengatakan bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran.

Harap anak-anak ibu dapat menafaatkan bulan yang penuh baraqah ni ye!
*   Abang kat sana tu, banyak masakan :) mesti boleh khatam dua kali ni dlm bulan ni hehe..
*   Adik takpe, boleh mengaji ngan ibu kat rumah.
*  Alang kat asrama tu harap dapat khatamkan dalam bulan Ramadhan ni ye..
*  Angah lak, baca tau..bagi 10-15 minit setiap kali lepas
lepas solat tuu,    banyak   keberkatannya membaca Al-Quran ni, biarpun bukan bulan Ramadhan.
*  Zarip lak nanti balik rumah ibu bagi tafsir Al-Quran yang ibu punya ni ye!,,luangkan sedikit masa awak membaca kalimah suci ini, semoga hidup awak diberkati..
Tu je harapan ibu, semoga hidup kita semua dirahmati, diberkati dan diredhai oleh Allah swt..Ameeen.

Anak-anak ibu 12 tahun yang lalu..dimanakah kalian 10 tahun akan datang?

GILAP ROHANI CEMERLANG PERIBADI

Assalamualaikum anak-anak ibu yang ibu kasihi semua, semoga selalu dalam hidayah Allah swt.

Anak-anak ibu, ibu begitu teruja untuk menyampaikan satu pesanan yang ibu petik dari kata-kata hikmat para-para alim ulamak tentang kejayaan sebenar kehidupan kita didunia ini.

Anak-anak ibu,
Pernah tak dengar FATAMORGANA?  ok..ia adalah satu cahaya yang seolah-olah bayangan air di padang pasir yang panas dan gersang, yang mana ramai pengembara atau pedagang masa dulu terkeliru dan terpedaya dengan sinaran yang disangka bayangan air.
Begitulah..gambaran hidup kita di dunia ini..dunia ini bak fatamorgana, hanya kepalsuan semata.. harap anak-anak ibu faham maksud ibukan.

Sayang,
Dunia ini hanyalah jambatan kita dan akhirat itulah matlamat kita sebenar-benarnya, dan dalam meniti kehidupan ini kita akan melalui berbagai-bagai UJIAN dan DUGAAN. Antara ujian itu ialah harta kekayaan,keseronokkan dan keindahan dunia. Dunia ini penting sayang..sebagai jambatan sahaja untuk kita meniti ke alam akhirat tempat kehidupan kita selama-lamanya nanti.
Jangan leka dan khayal dengan keindahan dunia yang sementara ini, semata-mata itu hanya ujian Allah dan jika kita miliki harta kekayaan maka jadikanlah sebahagian darinya sebagai alat untuk kita beribadah seperti bersedekah dan sebagainya dan jika kita miliki perempuan yang cantik atau diri kita sendiri yang miliki keindahan rupa, jangan pula kita terlalu khayal dengan keindahan dan tenggelam dalam puji-pujian, sesungguhnya segala-galanya hanyalah pinjaman Allah semata-mata, bila-bila masa dia boleh mengambil semula haknya.
Tanpa IMAN dan TAQWA(takut) kepada Allah swt kita akan tersesat sayang, maka kita anggaplah keseronokkan dan harta kekayaan itu adalah ujian Allah semata-mata untuk menguji sejauh mana keimanan dan taqwa kita padanya. Jangan sekali-sakali tergelincir dari landasannya. Sesungguhnya segala apa yang ada dimuka bumi dan seluruh alam semesta ini adalah kepunyaannya, bersyukurlah padanya dengan menjauhi apa yang DITEGAH dan melakukan apa yang DISURUH. BERSOLAT 5 WAKTU TIAP-TIAP HARI adalah satu ucapan kesyukuran kita padanya dan ia juga merupakan KUNCI segala amalan kebaikan kita, tanpa kunci itu mana boleh kita membukanya, maka sia-sialah amalan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini, maka jadilah kita manusia yang miskin dan papa dikampung akhirat kelak...
Kalian semua adalah amanah untuk ayah dan ibu dari Allah swt, selayaknya ayah dan ibu menasihati dan mengingatkan kalian semua agar menjadi anak-anak yang beriman dan bertaqwa, walau apa pun kerjaya yang anak-anak ibu ceburi, terutama sekali zarip..anak ibu yang punyai kerjaya yang sangat mencabar...anggap kerjaya itu ditangan kita dan Allah itu dihati kita..insya Allah kita akan selamat didunia yang sementara ini dan diakhirat tempat tinggal kita selama-lamanya nanti. WASSALAM.

"Selamat Datang Bulan Yang Penuh Rahmat Dengan Kelebihan dan Keistimewaan"

Alhamdulillah, dapat kita bersama-sama lagi di Ramadhan Al-Mubarak yang penuh baraqah ini, bulan yang menghimpunkan pahala yang berganda, ibu ucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga semua amalan baik yang kita lakukan diberkati dan diterima Allah s.w.t.

Pada Abang...sunyi rasanya sebab bulan puasa tahun ni abg terpaksa out station, tapi nasib baik jugaklah Sabtu dan Ahad boleh balik, takpelah dah tugas..:) amat terasa sekali pada anak-anak terutama sekali pada Miralah, maklumlah abangkan rajin melayan kerenah anak-anak dalam bulan puasa nih :))

Pada Zarip...dah lama kita tak jumpakan! rindu sgt ibu kat awak, ibu faham awak sibuk dengan tugas, cam ayah gak..:) tapi ada masa tu zarip baliklah ye! boleh kita buka puasa sama-sama :'(

Pada Safwan...kecian anak ibu, dapat sambung pengajian kebetulan seminggu nak puasa, masa sahur dan bebuka ibu teringat sangat kat awak, macam manalah anak ibu ni uruskan semua, harap angah belajarlah berdikari ye...pengalaman baru tu, ibu doakan anak ibu ni selamat menjalani hari-hari tanpa ayah dan ibu :)

Pada Kamil...ni anak ibu cyg sorang nih, tahun ni takde business lorh hehe..orang kuat ibu ni dah duk hostel..huhu, sunyi ibu Alang takde puasa tahun ni, tapi nasib baik Alang dapat balik tiap-tiap minggukan! haha dapat seminggu sekali pun jadilah, rasa gak kita sahur dan bebuka sama-samakan!, Alang balik nnti tiap-tiap hari ibu akan masak lauk kegemaran Alang ea..  :)

Pada Mira...anak ibu dan kwn ibu cyg nih...tahun ni kita puasa berdua je..sunyikan! tak sabar tunggu hari Jumaat, Ayah dan Alang balik...lima hari tu kita berdua je laa~~nampaknya juga adik kena ambil alih tugas baca doa berbuka puasa dan doa makan hehe...sesekali belajarlah berpisah dengan orang yang kita sayang ea~~:D ibu dah biasa dah duk dalam situasi ditinggalkah nih :D nanti Ayah dan Alang balik boleh kita gi bazar ramadan sama-sama yeee....:D
     Sabtu minggu lepas 23/7/2011 pergi pendaftara angah, ayah dan ibu je yang pergi adik ada KOKO, lepas hantar adik kat sekolah kami bertolak ke Cheras, pendaftaran dan majlis taklimat dengan ibu bapa selesai jam 2.30 petang.

     Planning awal angah tak duk hostel, tapi PTPTN dah pekej sekali untuk hostel, so angah ambil keputusan tinggal di hostel je, tapi masa pergi sehelai sepinggang cuma bawak dokumen2 penting...ayah pun minta kebenaran bawak angah balik untuk beli keperluan duduk hostel.

     Dalam perjalanan balik, atok telefon suruh balik kampung, ada habuan menanti untuk angah...jadi ayah ambil keputusan untuk balik kampung, kebetulan ayah pun hari ahad tu cuti, kami pun balik kampung bawa nenek sekali.

     Pagi minggu tu, lepas sarapan pagi kami bertolak balik, wah seronoknye angah atok bagi RM500.00 kalau angah masuk IPTA atok bagi RM1000.00, adik dan alang atok bagi RM50.00 :))....ibu pun dapat gak..RM100.00 haha...takpelah angah, nak buat camne, takde rezeki masuk IPTA...emmm...ayah singgah kat Pekan Bahau untuk check air-corn, lama gaklah, haha ayah pinjam kereta cina work shop tu untuk pergi shoping barang2 angah. Pukul 3.15 baru siap kereta, dalam perjalanan ke Seremban wow jem terok...ambil masa 2 jam untuk sampai ke sana..sampai Kuala Lumpur ambil masa 5 jam...ibu bergilir2 ngan ayah bawak kereta, sian ayah sakit pinggang : D

     Ibu dan angah ambil masa sejam jugak untuk menyiapkan barang2 keperluan angah untuk dibawa ke hostel. Jam 9.30, ayah, ibu dan adik bertolak ke Cheras, angah kene sampai kat hostel sebelum pukul 10.00 malam, ayah bawak kereta macam ribut...tapi lewat jugak 15 minit, selamat security guards tu tak banyak soal, ayah, ibu, adik tolong angah angkat barang2, dah selesai uruskan angah, sampailah masa nak balik, sedihnya ibu nak tinggalkan angah, sedih nak berpisah...meleleh gak air mata ibu, maklumlah selama ni angah tinggal ngan ibu dan ayah, tiba2 berpisah :'( huhuhu.

     Sebelum balik ayah, ibu, adik singgah makan kat restoran mamak tak jauh dari hostel angah...adik merengek nak makan, lapar je keje dia....haha...anak ibu nak membesar :D lepas makan balik rumah terus dan sampai jam 12.30 t/mlm lebih kurang.

     Macam tulah cerita pasal angah dapat sambung pengajian kat  COLLEGE UNIVERSITY PERUBATAN MASTERSKIL. Pada Zarip ada masa tengok2lah angah kat hostel :)) Hari Jumaat ni ayah dan ibu nak ke sana, ada urusan sikit, kalau ada lapang datanglah ke sana, ibu pun dah lama tak.jumpe Zarip, rindu sgt rasanya, jumpe kat FB tak puas : D

     oklah panjang dah cerita ibu ni...coretan ni khas untuk tatapan anak2 ibu yang ibu sayangi selalu...ada masa ibu tulis lagi, insya Allah, selalu2lah tengok blog ibu ea! :)) Assalamualaikum.

    

Mari kita renungkan bersama

Sikap masyarakat hari ini yang gemar menjadikan cerita keburukan org sebagai 'santapan' harian merupakan satu senjata senyap yang membiakkan virus kebencian dan permusuhan.
Dosanya bukan hanya kepada yg menyampaikan, malah yg turut mendengar dn membaca namun tidak menyangkalnya.

Allah berfirman " Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kpd siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? mereka selalu turun kpd tiap-tiap pendusta yg berdosa, yg mendengar bersungguh-sungguh (apa yg disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta "

                                                                                                                               (asy-syuraa:221-223)

# HAPPY BIRTHDAY BUAT SUAMIKU TERSAYANG #

"Happy Birthday Abang", Ruby doakan semoga abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Ruby bersyukur sangat pada hari ini genap umur abang 53 tahun tetapi abang tetap dikurniai dengan kesihatan yang baik tanpa disinggahi oleh penyakit2 kronik macam kawan2 abang yang lain. Alhamdulillah Ameeen...

Pagi2 lagi ruby dah bangun, ingatkan  nak masak awal hari ni dan makan2 dengan abang dan anak2, tapi pagi2 lagi abang  kene ke Genting Highland bawak pelancung ke sana dan abang kata malam baru balik, erm takpelah ruby akan tunggu abang balik dan boleh kita celebrate same2, hee seperti tahun2 lepas,
special menu > pulut kuning dengan rendang daging :)).

Ruby takde hadiah istimewa nak bagi kat abang, hanya doa ikhlas ruby dalam setiap kali ruby bersujud buat abang yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan keluarga kita, ini saja yang dapat ruby lahirkan tanda kasih sayang yang ikhlas dari ruby  buat abang insan yang tersayang. Assalamualaikum :))

* BUAT ADEK *

Terima kasih kat adek, tolong ibu buat blog yang cantik ni untuk ibu, blog ni untuk ibu isi masa lapang je, kalau ibu takde buat apa lepas hantar adek sekolah, dan ibu tergerak hati nak buat blog ni sebab sempena hari jadi ayah hari ini (30/4). Selalunya ibu hanya ucap kat ayah happy birthday je, tapi dalam blog ni macam2 ibu boleh tulis dan ayah boleh bacakan! :)) Thanks ADEK!!.