Suka duka Ramadhan dan Syawal 2011/1432H

Alhamdulillah, berakhir sudah Ramadhan dan Syawal 1432H, semoga segala amalan kita dibulan ramadhan yang lalu diterima Allah swt, begitu juga syawal yang baru saja berlalu, alhamdulillah dapat jugak ibu 8 hari berpuasa dalam syawal baru ni :), syukur ada jugak anak-anak ibu yang turut berpuasa sama..alhamdulillah.

Ibu nak cerita pasal syawal tahun ni, ada cerita gembira dan sedih. gembiranya dapat sambut first raya dengan atok dan wan serta keluarga dikampung , maklumlah dah 6 tahun ibu first raya kat KL nih, emm..lagi...raya tahun ni tetamu yang datang luarbiasa nampaknya, buat open house sampai dua kali, walaupun penat sikit tapi happy, sebab ramai yang datang buat kali yang pertamanya.. :)

Ini cerita yang sedih pulak, pada hari isnin 26/09/11 lebih kurang pukul 11.30 pagi, ibu dapat berita sepupu sebelah ayah iaitu Pak Cik Asmadi suami Cik Suraya(kakak Leman) batu 8, telah kembali kerahmatullah, dalam usia 43 tahun, ibu difahamkan dia mengidap penyakit jantung disebabkan  kolestrol yang tinggi  dalam darah.. innalillahiwainnailahirojiun..datang daripada Allah dan kepada Allah kita dikembalikan..

Ibu rasa terkilan jugak tak dapat beraya dengan dia dan keluarga Cik Su tahun ni disebabkan kita semua beraya dikampung. Ayah dan Ibu sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir sebelum jenazahnya di post mortem. Semoga Cik Su dan anak-anaknya tabah dengan ujian yang diterima, walau apa pun yang terjadi kehidupan ini perlu diteruskan demi anak-anak yang baru nak membesar, itulah kata-kata semangat yang sempat ibu berikan sambil memeluk Cik Su sebelum ibu beredar dari unit forensik Hospital Selayang.

Sebelum balik, ayah dan ibu sempat ke wad 6C tengok makcik idah kodok..dia accident dengan lori, kesian ibu tgk dia. Lutut dia pecah, pipi dia koyak, telinga dia hampir putus.. mengilu tapak kaki ibu tengok, kaki dia pulak penuh dengan skru, ishh ishh... ibu doakan semoga Cik Dah cepat sembuh..ibu simpati sangat, sebab bulan November ni anak sulung dia akan melangsungkan perkahwinan.

Dan baru-baru ni jugak adik ipar Cik Idah kodok meninggal dunia akibat barah paru dara dalam usia 51 tahun setelah empat hari pihak hospital menghantarnya balik ke Sg. Pusu. Dua hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ibu sempat menziarahinya dan bagi kata-kata semangat padanya dan pada anak-anak dia jugak, ibu nampak dia tenang dan redha dalam menanti saat2 'kepulangannya' menemui yang maha pencipta. Al Fatihah.

Begitulah kisah kehidupan... suka dan duka datang silih berganti, kita yang masih dikurniakan kesihatan bersyukurlah, gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mencari jalan KEREDHAAN dan RAHMAT Allah swt, janganlah mencari jalan kemungkaran Allah swt, kita tidak tahu berapa lama lagi kita hidup menumpang di dunia yang fana ini, sebab segala yang ada pada diri kita ini hanya pinjaman daripada Allah semata-mata...sedarlah anak-anak ibu.. anak ibu semua dah besar-besarkan? semua dah sempurna akal dan fikiran, dalam kita mencari dunia yang singkat ini, jangan lupa membuat segala suruhannya..terutama SOLAT jangan sekali-kali ditinggalkan, tiada erti hidup kita kat dunia ini jika kita mengabaikannya. Rapatkan diri kita dengan ALLAH swt, IKHLASlah dalam melakukan ibadat terhadapnya dan hendaklah selalu berprasangka baik terhadapnya, insyaAllah hajat kita  akan termakbul, ibu berpesan begini sebab dah terbukti banyak perkara yang Allah telah makbulkan doa-doa ibu. Kalian semua adalah amanah ALLAH untuk ayah dan ibu. Tiada  harta yang ternilai selain anak-anak ibu dan ibu amat-amat menyayangi kalian semua.

Anak2 ibu yang ibu sayangi..tanamkanlah nilai-nilai murni dalam jiwa seperti sifat penyayang terutama pada Allah, nabi, keluarga, kawan-kawan dan segala makhluk Allah di dunia ini, bersifat pemaaf, bertolak ansur, jangan ada sekuman pun sifat hasad,dengki dan sombong dalam diri kita, semuanya ini penting sayang..demi menjaga keharmonian hidup kita sekarang dan pada masa yang akan datang.

Renung-renungkanlah apa yang ibu pesan ini dan selamat beramal dengan seikhlas hati..Wassalam.