HARI LAHIR IBU... :))


24 Mac baru ni ibu sambut hari lahir ibu yang ke 47 tahun, wahh seronok sgt sebab ayah ajak ibu keluar makan2 dengan angah sekali, adik dan alang dan kem kepimpinan pengawas, rasa janggal tanpa dua orang ni, kalau adik ada mesti sibuk dia buat surprise untuk ibu...

Malam tu kami makan special jugaklah, tak tau nak cakap...nahh tgk sendiri :D terutama adik kene tgk lama2 tauu hahah :D








adikk best tak makanan yang atas tuuu... emmm om nom nom :DD yang makanan bawahnye tuu angah yg oder hehe...






Angah makan selera jee :D


Ayahh berseleranye...

haha ibu cam sombong jee...sebenarnye mata dah kelat, maklumlah keluar mlm tu dekat nak pukul 11.00 mlm hehe, lagi pun takde adikkk, kalau tak, boleh gelak2 sikit :D



Esoknye ayah bagi ibu hadiah special, emmm seperti biasa, cantik tak!, gembira bercampur terharu ibu baca kat ucapan ayah tu...Abg..thanks alot :)

Pada along, tak igt kot hari jadi ibu, takpelah, mungkin sebok...ibu doa along sentiasa sihat dan bahagia...sesekali tuu ingat jugaklah kat ayah dan ibu ni dan adik2 awak eahh... :)

Pada angah, terima kasih wish walaupun lambat sikit, maklumlah orang dah ada makwe...cewah ayat touching ibu :D, pesan ibu angah jgn hanyut dengan dunia baru angah sekarang ni, cinta ni umpama api yang membara, salah langkah kita yang terbakar nnti, w/pun umur angah agak matang sekarang, tapi kene ingat ALLAH no satu, dan PELAJARAN jaminan kesenangan kita MASA DEPAN dan untuk kita hidup kat dunia nih, AYAH dan IBU tempat kita mohon restu untuk KEBERKATAN hidup...

Pada alang, emmm tak wish kat ibu pooonnn.... lupalah tuuu... takpe takpe letih kot balik dari kem, mata pun layu je ibu tgk masa turun bas ari tu, sian anak ibu...

Pada adik, kene puji lebih ni...hehe bagus...anak ibu yang lain bagus jugak, tapi adik yang terbagus, sebelum pegi kem dan siap2 wish ibu kat facebook, wahhh...terharu sungguh, semoga nilai2 murni yang ada kat adik sekarang adik serapkan pulak bila adik dah berkeluarga nnti yee...hehe

Kat sini, ibu juga nak lahirkan rasa terharu ibu kat anak ibu yang sorang lagi ni :D wahh tak sangka dia wish ibu kat FB,,, w/pun dia duk asrama, bukan senang nak tunggu giliran guna komputer kat asrama, maklumlah ramai pelajar2 lain yang nak guna sama, TQ anwar, makcik rasa terharu sangat-sangat, susah-susahkan anwar je...

Begitulah cerita ibu pasa hari jadi ibu baru-baru ni, harap tahun depan lagi best...cewahh taknak kalah(ayat adik) okey bye bye wassalam. :))))

NASIHAT BERMANFAAT *baca! jangan tak baca* :))

Ramai org dgn tak sedar memilih utk sedih, derita, stres, boring & d benci org lain. Org yg bijak memilih utk bahagia dgn byk berdoa, yakin yg Allah Maha Pengasih & beri kita yg terbaik, redha dgn setiap yg berlaku, cari hikmah dlm semua hal, byk senyum, bantu org, belanja org, maafkan org, pakai minyak wangi, solat taubat, istighfar, tengok katun, syukur dgn apa yg di depan mata, buat kebaikan, nasihatkan org, dsbnya. Org bahagia insya Allah sihat, org syg, mudah buat keputusan, berjaya dlm pelajaran/kerjaya, hidup berkat, tinggalkan legasi hebat & Allah redha. Wassalam - DATO' DR. FADZILAH KAMSAH

HUBUNGAN YANG LEBIH PENTING IALAH...

Hubungan paling penting ialah hubungan kita dgn Allah dan diri kita. Jika ia tidak baik bagaimana kita akan BAHAGIA dan MEMBAHAGIAKAN orang lain  -  Prof Dr. Muhaya

KEJAYAAN MENYUSULI KESILAPAN

Sesuatu kejayaan itu bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiap kali setelah membuat kesilapan.

Orang yang tidak pernah atau takut membuat sebarang kesilapan jarang berjaya. Apabila kita melakukan sesuatu kerja yang besar, kita berkemungkinan membuat beberapa kesilapan-kesilapan besar atau kecil. Selagi kita belajar daripada kesilapan tersebut, kita boleh maju kehadapan.

Bagi mereka yang takut membuat kesilapan, mereka hanya membataskan diri mereka untuk membuat kerja-kerja biasa sahaja. Kejayaan yang diperolehi pun kejayaan biasa juga.

Misalnya jika seseorang itu ingin menguasasi pertuturan dalam sesuatu bahasa, mereka perlu berlatih bertutur di dalam bahasa berkenaan. Jadi pada peringkat awal orang tersebut pasti membuat kesilapan, malah mungkin ditertawakan orang kerana salah sebutan. Walaupun begitu lambat laun orang tersebut pasti akan dapat menguasai bahasa berkenaan.

Cuba bayangkan jika dia takut untuk bertutur dengan bahasa yang dipelajari kerana malu membuat kesilapan, bolehkah dia mahir dalam bahasa tersebut?




KEMAHUAN MEMBARA SEMUA AKAN MENJADI

Kemahuan adalah laksana orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat - Arthur Schopenhauer.

Sibuta perkasa tanpa bimbingan orang celik sudah pasti dia kehilangan arah. Keperkasaan fizikalnya itu tidak boleh membantunya. Kemudian silumpuh yang boleh melihat walaupun nampak dengan jelas arah tujuan ke sesuatu destinasi tetapi tidak mampu ke sana akibat lumpuh.

Walaupun begitu apabila keperkasaan orang buta digabungkan dengan penglihatan orang lumpuh, maka mereka berdua boleh pergi ke mana sahaja. Demikian bagaimana Schopenhauer memberi tafsiran kepada istilah "kemahuan".

Dalam erti kata lain, dengan kemahuan yang membara semua kerja boleh menjadi. Apabila ada kemahuan kuat diibaratkan yang buta dapat melihat dan yang lumpuh dapat berjalan. Perkara yang sukar akan kelihatan senang. Sebaliknya jika tidak ada kemahuan, semua perkara akan nampak sukar walaupun yang senang.

Apakah anda ingin mencapai sesuatu cita-cita atau matlamat? Benar-benar hendak mendapatkannya? Kalau ada kemahuan, semuanya menjadi!

HANYA PERLU UBAH DIRI SENDIRI

Satu hakikat hidup yang perlu kita fahami: Kita, iaitu diri sendiri yang terlebih dahulu perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak berjaya.

Ramai orang hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahulu sebelum mereka berubah. Sikap seperti ini; "hanya selepas cikgu pandai mengajar (orang lain berubah), baru aku hendak belajar bersungguh-sungguh (aku pula berubah)" tidak akan membawa kita ke mana-mana, kecuali kegagalan.

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang ialah mereka sendiri tidak mahu berubah tetapi mengharapkan orang lain berubah.

Sebagai contoh, kita ambil kes seorang pelajar yang menghadapi masalah menguasai matapelajaran Matematik. Kebetulan guru yang mengajar Matematik tidak berjaya memberi kefahaman yang baik dan kawan-kawannya pula suka suka bermain-main ketika guru mengajar.

Walaupun tahu kelemahan dirinya, dia tetap tidak mahu berubah selagi guru dan kawan-kawannya tidak berubah. Dia berjanji untuk berubah hanya apabila guru memperbaiki pengajarannya dan rakan-rakannya turut memberi tumpuan di dalam kelas.

Sikap seperti ini tidak betul kerana yang perlu berubah terlebih dahulu bukan orang lain tetapi diri sendiri. Tidak perlu menunggu guru dan kawan-kawan berubah, kita harus berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya, jangan tunggu orang lain berubah, kita sendiri yang harus berubah terlebih dahulu.


SUSAH SEBELUM SENANG

Berjalan pada mulanya sukar bagi si anak kecil. Tetapi setelah dilatih dan beberapa kali jatuh, lama-kelamaan dapat juga si comel itu berjalan. Masalah yang sama juga terdapat dalam kehidupan. Oleh itu apabila menghadapi apa jua masalah, bersabar dan berusaha sehinggalah dapat diatasi.

Semasa di zaman kanak-kanak dahulu emak melatih kita menyuap nasi sendiri. Pada mulanya agak susah sehingga kita dipakaikan lapik dada untuk mengelak nasi tertumpah ke atas baju. Apabila kita semakin besar, kita dilatih pula mengenakan pakaian sendiri. Malah mengenakan butang baju atau seluar dikira kerja yang sukar. Selepas itu kita belajar menaiki basikal. Apabila dewasa kita belajar memandu kereta. Semua itu pada mulanya pun agak sukar.

Umumnya, pada mulanya semua perkara itu kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, akhirnya ia akan kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup, apa pun susah sebelum menjadi senang.

Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam menguasai sesuatu perkara atau tugasan. Walaupun pada peringkat awal kelihatan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta banyak membuat latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.

SUSAH SEBELUM SENANG

Berjalan pada mulanya sukar bagi si anak kecil. Tetapi setelah dilatih dan beberapa kali jatuh, lama-kelamaan dapat juga si comel itu berjalan. Masalah yang sama juga terdapat dalam kehidupan. Oleh itu apabila menghadapi apa jua masalah, bersabar dan berusaha sehinggalah dapat diatasi.

Semasa di zaman kanak-kanak dahulu emak melatih kita menyuap nasi sendiri. Pada mulanya agak susah sehingga kita dipakaikan lapik dada untuk mengelak nasi tertumpah ke atas baju. Apabila kita semakin besar, kita dilatih pula mengenakan pakaian sendiri. Malah mengenakan butang baju atau seluar dikira kerja yang sukar. Selepas itu kita belajar menaiki basikal. Apabila dewasa kita belajar memandu kereta. Semua itu pada mulanya pun agak sukar.

Umumnya, pada mulanya semua perkara itu kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, akhirnya ia akan kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup, apa pun susah sebelum menjadi senang.

Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam menguasai sesuatu perkara atau tugasan. Walaupun pada peringkat awal kelihatan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta banyak membuat latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.

MEREKA BOLEH SAYA PUN BOLEH!!

"Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya", inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh.

Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang serta telah membuktikan kehebatan diri. Walaupun begitu bagi pelajar yang lemah pula ada tiga kemungkinan.

Pertama mereka tidak ada rujukan mana-mana orang cemerlang. Keduanya kalau ada pun rujukan orang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya, rujukan mereka ialah rakan-rakan yang sendiri memang lemah.

Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, akan berkatalah, "Kalau dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh".

Sepatutnya sebagai pelajar, contohnya, pelajar lain pun macam kita. Mereka belajar di sekolah yang sama, dengan guru yang sama, mata pelajaran yang sama, menggunakan buku yang sama. Malah mereka juga dikurniakan otak yang sama. Jadi kalau mereka boleh berjaya, maka mengapa kita tidak.

CARI KAWAN POSITIF BUKAN YANG NEGATIF

Kawan yang positif membantu kita untuk menjadi seorang yang bersifat positif dan kawan yang negatif akan mempengaruhi kita untuk turut bersifat negatif. Oleh itu, berhati-hatilah semasa memilih kawan. Mereka boleh membantu atau mereka boleh membantutkan kita.

Bersikap positif bermakna kita meyakini bahawa apa sahaja yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, lazimnya akan berjaya. Bersikap negatif pula bermaksud, walau sebanyak mana pun usaha yang dicurahkan, kita meragui hasil yang bakal diperolehi.

Di sini kita dapat rumuskan bahawa rakan yang negatif sentiasa meragui apa sahaja tindakan yang bakal kita ambil. Dia bukan sahaja tidak memberi semangat, malah mematikan semangat kita. Jika kita sentiasa berdamping dengan mereka, lama-kelamaan kita akan turut menjadi orang yang negatif.

Pilihlah rakan yang positif. Mereka turut meyakini kebolehan kita, selalu memberi semangat dan akan bersama-sama kita berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Sikap saling sokong-menyokong ini dapat mematangkan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dalam hidup ini.

UNTUK MENJADI JUARA PERLU BERSIFAT JUARA

Semua orang ingin menjadi juara tetapi untuk menjadi juara kita hendaklah terlebih dahulu berfikir, bercakap dan belajar seperti seorang juara. Dengan menyakini bahawa kita boleh menjadi juara, peluang untuk meraih kejayaan lebih terserlah.

Juara memang berbeza dengan bukan juara. Sebagai contoh, seorang pelajar yang cemerlang lazimnya berfikiran positif. Mereka percaya apa yang dilakukan akan membuahkan hasil. Mereka juga rajin belajar serta menggunakan strategi dan kemahiran belajar yang berkesan. Kesimpulannya orang lain akan study hard manakala mereka akan study smart.

Oleh itu jika kita ingin menjadi juara atau seorang yang cemerlang, awal-awal lagi kita perlu memupuk sifat berkenaan. Malangnya ramai daripada kita yang sentiasa meragui keupayaan diri sendiri; apa jua tindakan yang diambil hanya bersifat sementara sahaja seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam sahaja. Di samping tiada tidak ada cara atau strategi melaksanakan sesuatu dengan cara yang betul dan efektif. Maka ini akan menyukarkan untuk kita untuk berjaya dengan cemerlang.

Kita perlulah menjadikan mereka yang cemerlang dan juara sebagai model ikutan kita dalam apa jua yang kita lakukan. Jika kita mula berfikir, bertindak dan berusaha seperti juara, lama-kelamaan, kita juga turut menjadi juara.

HANYA PERLU UBAH DIRI SENDIRI DAN MENETAPKAN MATLAMAT HIDUP

 Hanya Perlu Ubah Diri Sendiri 

Satu hakikat hidup yang perlu kita fahami: Kita, iaitu diri sendiri yang terlebih dahulu perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak berjaya.

Ramai orang hanya menunggu orang lain berubah terlebih dahulu sebelum mereka berubah. Sikap seperti ini; "hanya selepas cikgu pandai mengajar (orang lain berubah), baru aku hendak belajar bersungguh-sungguh (aku pula berubah)" tidak akan membawa kita ke mana-mana, kecuali kegagalan.

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang ialah mereka sendiri tidak mahu berubah tetapi mengharapkan orang lain berubah.

Sebagai contoh, kita ambil kes seorang pelajar yang menghadapi masalah menguasai matapelajaran Matematik. Kebetulan guru yang mengajar Matematik tidak berjaya memberi kefahaman yang baik dan kawan-kawannya pula suka suka bermain-main ketika guru mengajar.

Walaupun tahu kelemahan dirinya, dia tetap tidak mahu berubah selagi guru dan kawan-kawannya tidak berubah. Dia berjanji untuk berubah hanya apabila guru memperbaiki pengajarannya dan rakan-rakannya turut memberi tumpuan di dalam kelas.

Sikap seperti ini tidak betul kerana yang perlu berubah terlebih dahulu bukan orang lain tetapi diri sendiri. Tidak perlu menunggu guru dan kawan-kawan berubah, kita harus berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Kesimpulannya, jangan tunggu orang lain berubah, kita sendiri yang harus berubah terlebih dahulu.

Menetapkan Matlamat Hidup

Cara untuk menetapkan matlamat hidup;
  1. Buatlah matlamat yang spesifik
  2. Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai
  3. Jadikan ia realistik
  4. Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah
  5. Serasi dengan jiwa
  6. Pecah-pecahkan matlamat
  7. Sebarkan kepada orang lain
  8. Kita mesti bertanggungjawab
  9. Berdisplin dan istiqamah
"Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam sesuatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu"

Secara ringkasnya, ada tiga perkara utama dalam perancangan hidup.

Pertama adalah sasaran yang jelas.
Kedua perancangan.
Ketiga tindakan.

JUARA TIDAK PERNAH PUTUS ASA

Mengaku kalah adalah mudah, yang sukar ialah bangun semula selepas kalah. Dua kali jatuh, tiga kali bangun, lima kali jatuh, enam kali bangun. Itulah sifat seorang juara. Motto mereka ialah "Biar kalah tetapi jangan mengalah".

Oliver dan Wilbur Wright adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Sebelum dapat mengemudikan kapal terbang buatan sendiri dengan jayanya di Kittyhawk, Amerika Syarikat pada tahun 1904, mereka pernah gagal beberapa kali. Namum mereka tidak pernah berputus asa.

Itulah salah satu sifat yang dimiliki oleh mereka bergelar juara. Mereka bukan sahaja hebat dalam erti kata menguasai sepenuhnya dalam bidang yang diceburinya itu, malah mereka tidak mudah berputus asa. Mereka tidak mudah menyerah kalah.

Di dalam kehidupan seharian, sifat ini dapat diterjemahkan dalam erti kata, ketika menghadapi apa jua kesukaran dalam apa yang dilakukan, kita jangan mudah berputus asa. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mendapatkan bantuan yang perlu agar perkara berkenaan dapat dikuasai. Berputus asa atau mengalah mudah sahaja. Malang sekali jika itu pilihan orang ramai. Biar kalah tetapi jangan mengalah!


 

MEMBERI TUGAS KEPADA DIRI SENDIRI

RAMAI ORANG MENGHABISKAN MASA BEGITU SAHAJA TANPA DIISI DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERFAEDAH, APABILA DITANYA, MEREKA BERKATA, " KAMI TAK TAHU APA NAK DILAKUKAN".


Mereka mungkin dilabel sebagai pemalas tetapi mereka sebenarnya bukan pemalas, cuma tidak pernah memberikan tugas kepada diri sendiri.

Memberi tugas kepada diri sendiri bermakna kita mengadakan matlamat yang khusus lagi mencabar. Katakan salah satu matlamat yang kita tetapkan pada awal Januari ialah menjelang 31 Disember nanti kita akan menguasai beberapa ilmu komputer. Matlamat tahunan ini dipecahkan kepada matlamat bulanan. Pada tiap-tiap bulan pula kita mengenal pasti aktiviti-aktiviti utama yang perlu dibuat. Dari sini kita sentiasa tahu apa yang harus dibuat.

Dengan cara ini kita memberi tugas yang jelas kepada diri sendiri, justeru menggerakkan diri kita untuk bekerja lebih rajin.

JANGAN BERTANGGUH KERJA

Sesuatu kerja penting yang boleh disiapkan hari ini perlu disiapkan hari ini perlu disiapkan hari ini juga. Hindarkan tabiat menunda-nundakannya ke hari esok.

Memang terdapat sikap seseorang yang menunda-nundakan sesuatu kerja walaupun tahu kerja itu penting dan perlu disegerakan tetapi memilih untuk tidak melakukan kerja berkenaan. Malah dia membuat kerja lain yang kurang penting.

Sebagai contoh anda diberi tempoh dua minggu untuk membuat persiapan satu pembentangan kertas kerja, tetapi anda sengaja tidak membuat apa-apa persediaan sehinggalah dua tiga hari sebelum hari yang ditetapkan. Walaupun mempunyai kelapangan sebelum itu, anda menghabiskan masa membuat kerja-kerja lain yang kurang penting.

Tabiat menunda-nundakan kerja hari ini ke hari esok cukup merugikan kerana kerja esok akan ditunda kepada lusa dan kerja lusa akan ditunda lagi kepada hari berikutnya sehinggalah kesempatan yang ada terbuang begitu sahaja.

Untuk berjaya pastikan agar apa jua kerja penting yang boleh dibuat hari ini diselesaikan secepat mungkin supaya kita sempat membuat sesuatu kerja sebaik mungkin.

BELAJAR DENGAN YANG TELAH BELAJAR

Menurut Saidina Umar Al Khattab, manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.

Sebagai seorang pelajar, kita menang masih belajar dan pasti akan membuat kesilapan. Dalam usia yang masih muda juga ada banyak lagi perkara dalam hidup yang tidak diketahui oleh kita. Oleh itu salah satu cara terbaik untuk belajar dan mengurangkan kesilapan ialah dengan belajar daripada mereka yang telah pun melalui yang akan kita lalui.

Jadi nasihat-nasihat daripada orang yang lebih dewasa daripada kita, yang lebih bijak daripada kita dan yang lebih berpengalaman daripada kita perlu kita dengar. Kebijaksanaan dan pengalaman mereka ini dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih baik. Adakalanya kita memang perlu mendapatkan nasihat daripada mereka ini.

Setiap orang yang berjaya ada mentor masing-masing. Daripada mentor tersebutlah mereka mendapatkan pelbagai nasihat berkaitan dengan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.

Malang sekali ada juga di kalangan pelajar yang sama ada sombong tidak mahu mendengar nasihat atau pun bodoh tidak mahu mengikut nasihat. Ini bertepatan sekali dengan satu bidalan Melayu, "Bodoh tak dengar kata, cerdik tak boleh ikut".

Oleh itu kita perlulah belajar dengan orang telah belajar terlebih dahulu daripada kita.

APAKAH ERTI DISIPLIN

Disiplin adalah memberi tumpuan sepenuhnya ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dikerjakan dengan sempurna.

Kita perlu tanya diri sendiri, "Apakah tugas utama yang perlu saya kerjakan dengan sempurna sekarang?" Jika kita sentiasa peka dengan soalan berkenaan, kita akan sentiasa memberi perhatian kepada tugas-tugas utama kita. Dengan berbuat demikian nescaya kejayaan dapat dicapai dengan lebih mudah. Justeru, untuk berjaya kita mesti berdisiplin.

Ramai orang memulakan sesuatu tugas dengan baik, namun gagal menghabiskannya. Kerja tersangkut di tengah jalan. Ada sahaja perkara yang mengganggu mereka. Mereka ini sebenarnya kurang berdisiplin.

Jadi berdidiplin bermakna apa sahaja tugas yang kita lakukan, kita laksanakannya sehingga selesai. Kita tidak mudah diselewengkan atau dilencongkan untuk membuat kerja-kerja lain yang tidak berkaitan yang boleh menjejaskan kerja utama kita. Pelajar yang berdisiplin tahu bahawa salah satu tugas utama di sekolah ialah berusaha untuk memperoleh keputusan cemerlang. Dari awal tahun lagi kita harus belajar bersungguh-sungguh sehinggalah ke hujung tahun.

Tanpa disiplin kita mudah diganggu oleh pelbagai aktiviti bukan akademik yang lain, hobi, kawan-kawan dan sebagainya. Jadi berdisiplin bermakna kebolehan memberi tumpuan ke atas sesuatu tugas sehingga selesai dikerjakan dengan sempurna.

TO GET THE BEST ALWAYS GIVE THE VERY BEST

Bagi mendapatkan yang terbaik, apa sahaja yang dilakukan, mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin.

Apabila melakukan sesuatu kerja sebaik yang terdaya, selalunya hasil yang diperolehi adalah yang terbaik dan membanggakan.

Sebagai contoh, kalau kita memasukkan RM80,000 ke dalam bank, kita boleh keluarkan RM80,000 dari bank yang berkenaan. Andaikata jika jumlah yang telah dimasukkan cuma RM800, tentu mustahil kita dapat keluarkan lebih daripada itu, apatah lagi RM80,000.

Begitu juga dalam menuntut ilmu, jika kita belajar sedikit maka markah yang diperolehi juga sedikit. Sekiranya kita berusaha bertungkus-lumus dan bersedia bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan nescaya markah yang diperolehi pun meningkat dengan lebih ketara.

Ini jelas menunjukkan lagi gigih kita berusaha, maka lebih baiklah peluang kita.

Kalau kita tekun belajar hanya sebulan dua terakhir sebelum peperiksaan walhal kita diberi masa hampir satu tahun, janganlah terlalu mengharapkan prestasi yang cemerlang. Hasil yang kita perolehi pada kebiasaannya adalah selaras dengan usaha yang dicurahkan.

Oleh itu "to get the best, I always give my very best".

BERMOTIVASI TINGGI

Heaven's GateSejarah telah menunujukkan bahawa tokoh pada setiap zaman adalah orang yang bermotivasi tinggi. Bagaimana Edmund Hillary boleh menawan puncak Everest sekiranya tidak ada motivasi diri yang tinggi. Bagaimana pula Jaques Costeau berupaya menawan dasar laut jika beliau sendiri ragu-ragu akan kebolehan diri sendiri.

Apabila kita bermotivasi tinggi. lazimnya kita;
  • Lebih bersemangat serta bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih baik.
  • Tidak mudah berputus asa dan lebih bersedia menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.
  • Akan berikhtiar mencari jalan bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai
  • Bersikap positif dan yakin kepada diri sendiri
Dengan memiliki sifat-sifat di atas kita lebih bersedia menghadapi bermacam-macam kemungkinan. Perkara yang kelihatan sukar dan mustahil pada orang lain akan menjadi mudah kepada kita. Perbezaan ini adalah kerana pengaruh tahap motivasi diri yang ada pada seseorang.

Mereka yang bermotivasi rendah tidak mampu menyelesaikan walaupun perkara itu kecil. Mereka lebih gemar mencari alasan dan menuding jari kepada orang lain.

Kesimpulannya dengan bermotivasi tinggi, halangan dapat dirempuh dan cabaran dapat ditangani. Pendek kata kerja menjadi lebih mudah. Sebagaimana kata Robert Kennedy,
"Jika kita bermotivasi tinggi, yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi, yang mudah pun kelihatan mustahil."
Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat insyaAllah - Prof. Dr. Muhaya