Birthday Along..

Semalam Birthday Along... 28 Nov, sebelum tu ibu pakat-pakat ngan ayah sebab dah lama kita tak sambut birthday Along, dan yang paling best sekali bila nenek setuju nak ikut sekali :) plan mula-mula sekali gi amik Angah kat Cheras, pastu patah balik kat Gombak dan gi makan kat sas corner... kedai makan pilihan utama ibu, sedap n murah!..seronoknye dapat berkumpul sekali-sekala, lagi pun minggu depan Angah takde dah kat KL ni, sebab Angah ada praktikal selama dua bulan kat Hospital Kampar huhu, nampaknya Angah sambut birthday nnti sorang-soranglah kat sana ea...sian Angah, tapi takpelah sambut sekalilah ngan birthday Along :D





Romantik tak? kebetulan kedai ni terputus elektrik akibat dilanggar lori  :)




Kacau je Alang ni..kesian Along terlindung ish ishh, tangan Adik lak terseliuh..belum baik lagi, cian anak buu...





Nenek rilek je malam ni..tak banyak kerenah hehe




Ayah tetap happy layan kerenah anak-anak hehe, thanks ayah :)



 
Anak dara ibu suka sangat malam ni, maklumlah mana nak jumpa suasana romantik mcm malam nih kan? semuanya kebetulan belaka :)






Along dan Adik buat muka seposen :D


okey kenangan yang tak boleh dilupakan buat kita semua, bye dari ibu :))



























Jalan-Jalan Anak Beranak :)



17 November 2012, bawak anak-anak gi Wangsa Walk Mall, tengoklah anak-anak ibu semangat nak main bowling :)










Amboiiii semangat gila!! hehe




Seriusnya ayah... :)



strike ke masuk longkang ni... hehe





wow angah macam strike je :)






sempat lagi tuuu.... :)




Alang, mula-mula hebat... game kedua kalah kat adik hehe







Along pertama kali main...ok jugak :) lain kali kita main lagi ea....




 Alang menang lawan ngan adik dan angah tapi game yang kedua dimenangi oleh Syamira binti Zahar.... ceh suka bukan main dia dapat kalahkan ayah dan abang abang :D



Sayang anak ibuuu :)





Habis bowling.... adik ajak tengok wayang pulak cerita Istanbul aku datang....








sempat lagi tuu... 



Air dah nak habis...makanan belum sampai-sampai lagi.... nak hilang bosan...macam-macam perangai dibuatnya...:D


Ada masa kita gi jalan-jalan lagi ye.... :) bye dari ibu...












MENGAPAKAH YAHUDI MENGGALI DI BAWAH MASJID AL- AQSA


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan

Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.


Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.

Mereka begitu bangga dengan hasil kerja mereka (gambar di bawah masjid)

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Dome Of The Rock

Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis

masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Lambang Knight Templar yang digunakan

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. 

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Tuhan Ra

Tuhan Osiris (gambar duduk)

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Gambaran Temple of Solomon oleh pelukis

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. 

Replika Solomon's Temple

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Assalamualaikum anak-anak ibu semua, perjalanan hidup di dunia terlalu sebentar ibarat berteduh sekejap kepenatan di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang panjang. Dunia ibarat ladang untuk kita berusaha menjadi hasil sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi. 

Begitu cepat masa berlalu menuju akhir zaman yang semakin dekat. Pasti 1433H akan ditinggalkan dengan seribu memori suka, duka, kajayaan dan kegagalan. Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza pencapaian sepanjang 1433H. 

Akhir hijrah 1433 dan mula hijrah 1434 jangan dibiarkan begitu sahaja ibarat hari-hari biasa yang kita lalui dengan kesibukan dunia yang tidak pernah akan habis. Ada banyak amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan sebagai menutup tahun hijrah dan membuka lembaran baru 1434H.

DOA AKHIR TAHUN


Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah. Bagus dibaca bersendirian atau terbaik berjemaah bersama keluarga. Tapi ibu minta semua anak-anak ibu dan ayah jugak kalau ayah tak sibuklah di surau, dapat kita berkumpul setengah jam sebelum masuk waktu maghrib agar dapat sama-sama kita membaca doa akhir tahun hijrah, insyaAllah sesiapa yang membaca doa ini dengan penuh ikhlas akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:

 

Maksud Doa:


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA AWAL TAHUN 


Kemudian selepas solat sunat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharam 1434H (hari Rabu malam khamis) kita baca pula Doa Awal Tahun sebanyak 3 kali, Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri kita dari gangguan syaitan, serta tipu dayanya selama setahun mendatang, dan Allah memerintah 2 malaikat untuk melindung kita dari fitnah dan tipu daya syaitan yang durjana ini...InsyaAllah. 
 
Maksud Doa:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

AMALAN-AMALAN SETERUSNYA

3. Solat malam dengan membaca zikir antaranya membaca ayat kursi sebanyak 360x.


4. Puasa sunat pada 1 Muharram 1434H bersamaan Khamis 15/11/2012.

5. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram 1434H.



Hijrah 1433 akan berlalu jangan ditangisi sekiranya kita melalui tahun yang penuh cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan ini bermakna Allah SWT kasih kepada kita maka itu kita diuji. Ramai yang kata mereka banyak masalah tahun ini tapi sebenarnya selagi kita hidup, selagi itu kesusahan itu bukan masalah, hanya sekadar ujian yang masih boleh diperbaiki. Masalah itu hanya ada di alam akhirat apabila kita tidak cukup bekalan tetapi tidak boleh lagi berpatah balik mencari bekalan baru.


Yang lepas biarkan lepas, terima dengan ikhlas dan redha. Fikirkan yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.


Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Jalan-Jalan Release Tension Alang :))


Ahad 4/11/2012 sehari sebelum Alang nak amik SPM, ibu, ayah dan adik jemput Alang kat asrama, Alang boleh outing! wahh bestnya dapat keluar jalan-jalan -moga dapat release tension Alang yg nak berperang esoknya hehe...
























































 

Singgah kat restoranTaqwa kat Sri Gombak, hujan-hujan best jugak pekena teh tarik dan roti canai hehe, sambil tu Alang masukkan gambar2 kat laptop ayah, gambar dinner asramalah, hari graduasilah, hi-tea pengawaslah..habiskan masa dengan Alang hari tu sampai pukul 5.30 petang, apalagi manfaatkan masa yg sgt berharga tu...sampai asrama sembang2 ngan Alang lagi, hampir pukul 7.00 dah nak maghrib baru kami balik...rasanya Alang dah naik bosan dengar kata2 semangat dari ibu yang tak jemu2 bagi semangat kat dia ni..semoga Alang jgn bosan ye...ibu nak Alang berjaya dlm pelajaran...kalau Alang dah berjaya nnti ayah dan ibu turut bahagia tengok anak-anak ibu ni senang..ibu akan doakan kejayaan Alang setiap kali ibu teringatkan Alang... Do the best Alang! and GOOD LUCK!

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT KAJIAN DR. FADHILAH KHAMSAH

INI ADALAH HASIL KAJIAN 25 TAHUN 
OLEH PAKAR MOTIVASI MALAYSIA DR FAZILAH KAMSAH
BERTUJUAN UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI
UNTUK MEMOTIVASIKAN  DIRI SENDIRI
KEKALKAN SIFAT YANG BAIK
TINGGALKAN SIFAT YANG BURUK
SUPAYA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK DAN CEMERLANG
Assalamualaikum kepada pengunjung budiman blog ini. Apa khabar.semua. Apa kata hari ini kita berkongsi info dari Dr Fazilah Kamsah tentang kajiannya. Apa yang baik kekalkan dalam diri anda dan apa yang kurang baik perbaikilah dan jadikan supaya lebih baik dari semalam. Buang yang keruh-keruh ambillah yang jernih. Perkara yang buruk kita tinggalkan. Itu sahaja.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN JANUARI 
 .
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN FEBRUARI 
 .

Berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN MAC


Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN APRIL 


Sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu.



 CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN MEI
 
Kekerasan hati & degil.Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
 Pemikiran yg tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian.
Perasaan yg amat mendalam.

 Cantik dr segi mental &fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan. 
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain.
Mudah dipujuk
   Bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan.Kuat daya firasat
.Memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberita
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
 Daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam.
Pandai berdebat.
 Fizikal yg baik.
 Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera,seni & muzik serta melancong.
idak berapa suka duduk dirumah.
Tidak boleh duduk diam.
(Benar., jika tiada pilihan tidur adalah pilihan terakhir)
.Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN JUN 
 .

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN JULAI
 .

Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN OGOS


Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN SEPTEMBER 
 .

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN OKTOBER 
 .

Suka bersembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong, bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN NOVEMBER 


Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


CIRI-CIRI INSAN YANG LAHIR BULAN DISEMBER 
 .
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.



hehe ibu copy n paste kat internet je., ada yang tepat dan ada yang tidak, mana ada manusia kat dunia ni yang sempurna, tapi mana yang patut dibaiki, baikilah, rupa paras pun orang boleh ubah, inikan pula sikap dan perangai kita, sama-sama kita cuba!...insyaAllah Allah dah kurniakan pada kita kelebihan dari segi akal dan fikiran.:))