Assalamualaikum anak-anak ibu semua, perjalanan hidup di dunia terlalu sebentar ibarat
berteduh sekejap kepenatan di bawah pohon rendang sebelum meneruskan
perjalanan yang panjang. Dunia ibarat ladang untuk kita berusaha menjadi
hasil sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi.
Begitu cepat
masa berlalu menuju akhir zaman yang semakin dekat. Pasti 1433H akan
ditinggalkan dengan seribu memori suka, duka, kajayaan dan kegagalan.
Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza pencapaian sepanjang 1433H.
Akhir hijrah 1433 dan mula hijrah 1434 jangan dibiarkan begitu sahaja
ibarat hari-hari biasa yang kita lalui dengan kesibukan dunia yang
tidak pernah akan habis. Ada banyak amalan-amalan baik yang boleh kita
lakukan sebagai menutup tahun hijrah dan membuka lembaran baru 1434H.
DOA AKHIR TAHUN
AMALAN-AMALAN SETERUSNYA
DOA AKHIR TAHUN
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30
Zulhijjah. Bagus dibaca bersendirian atau terbaik berjemaah bersama
keluarga. Tapi ibu minta semua anak-anak ibu dan ayah jugak kalau ayah tak sibuklah di surau, dapat kita berkumpul setengah jam sebelum masuk waktu maghrib agar dapat sama-sama kita membaca doa akhir tahun hijrah, insyaAllah sesiapa yang membaca doa ini dengan penuh ikhlas akan mendapat
Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat
setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam
kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang
Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat
darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan
Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang
supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka
sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa
yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau
telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan
Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan
harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah
S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi
Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
DOA AWAL TAHUN
Kemudian selepas solat sunat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharam 1434H (hari Rabu malam khamis) kita baca pula Doa Awal Tahun sebanyak 3 kali, Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri kita dari gangguan
syaitan, serta tipu dayanya selama setahun mendatang, dan Allah memerintah 2 malaikat untuk melindung kita dari fitnah dan tipu daya syaitan yang durjana ini...InsyaAllah.

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam
kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan
Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun
baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau
pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam,
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan
dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon
kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri
kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah
keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah
S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi
Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
AMALAN-AMALAN SETERUSNYA
3. Solat malam dengan membaca zikir antaranya membaca ayat kursi sebanyak 360x.
4. Puasa sunat pada 1 Muharram 1434H bersamaan Khamis 15/11/2012.
5. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram 1434H.
Hijrah 1433 akan berlalu jangan ditangisi sekiranya kita melalui
tahun yang penuh cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan ini bermakna
Allah SWT kasih kepada kita maka itu kita diuji. Ramai yang kata mereka
banyak masalah tahun ini tapi sebenarnya selagi kita hidup, selagi itu
kesusahan itu bukan masalah, hanya sekadar ujian yang masih boleh
diperbaiki. Masalah itu hanya ada di alam akhirat apabila kita tidak
cukup bekalan tetapi tidak boleh lagi berpatah balik mencari bekalan
baru.
Yang lepas biarkan lepas, terima dengan ikhlas dan redha. Fikirkan
yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi
lagi kesilapan yang sama.
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW
bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita
akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya
tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
No comments:
Post a Comment